KUCHING: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) bertanggungjawab membersih sungai ter-utama membuang serpihan bahan terapung seluruh sungai Sarawak melibatkan sisa tumbuhan dan buangan domestik.Kontroler LSS Richard Tajan berkata, orang awam tidak sepatutnya membuang sampah ke dalam sungai.
“Sungai laluan untuk pengang-kutan air, maka sangat penting untuk memastikan sungai kita ber-sih bukan hanya untuk pemandangan tetapi juga untuk keselamatan pengangkutan air,” ujarnya.
Richard menegaskan, sampah seperti rumpai laut, dedaun, batang pokok boleh menjejaskan kese-lamatan pengangkutan air terutama kepada kapal kecil.
Menurutnya, LSS melantik kon-traktor untuk beroperasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang melakukan kerja pembersihan sungai setiap hari dengan menggunakan tiga kapal tunda dan empat bot pan-jang.
“Mereka menggunakan kapal tunda untuk menarik serpihan terapung dengan jaring. Sampah kemudian diangkut ke dalam perahu sebelum diangkut ke tapak pelupusan sanitari,” katanya sambil memberitahu tender untuk kerja pembersihan diperbaharui setiap tahun.
Menjelas lanjut, sepanjang sungai LSS memasang perangkap sampah yang bertujuan untuk menghalang sisa sampah daripada menghampiri tebing sungai.
“Sukar bagi kontraktor untuk mengeluarkan sampah berham-piran tebing sungai terutamanya apabila sampah itu terperangkap di bawah jeti atau di antara tumbuhan akuatik.
“Dengan perangkap di sepan-jang sungai, sampah dari hulu sungai akan bergerak ke arah pusat sungai dan membawa kepada kerja yang lebih mudah dalam menarik sampah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai LSS Angga Maga menyatakan 95 peratus sampah dikumpul di sungai itu terdiri daripada sisa tumbuhan seperti rumput, dedaun pokok dan pokok, manakala lima peratus ada-lah sisa buangan domestik.
“Masa paling sukar kerja pem-bersihan adalah selepas musim kemarau apabila hujan turun, aliran sungai kembali normal atau ketika banjir akan membawa bersama banyak sampah dari hulu Bau, Batu Kitang dan Serikin,” jelasnya.
Angga menambah, salah satu prosedur operasi standard (SOP) ialah kontraktor perlu bertindak balas dan bertindak segera dalam masa sejam setelah mene-rima aduan atau masalah mengenai sungai Sarawak.