ARTIKEL

KEKALKAN MOMENTUM….(Dari kiri) Iskandar Hasbi, Mohamad Amsyar Mohamad Amelin dan Awang Mohamad Sharszan Fyirman Awang Nasaruddin. Foto Ramidi Subari

Pasukan boling padang Sarawak tewaskan Johor 14-10

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan tiga sepasukan boling padang Sarawak berjaya menewas Johor dengqn keputusan 14-10 pada perlawanan pagi tadi.

Pasukan yang dibarisi Awang Mohamad Sharszan Fyirman Awang Nasaruddin, Iskandar Hasbi dan Mohamad Amsyar Mohamad Amelin berdepan saingan sengit daripada Aide Hamsyar Mohd Hairi, Muhammad Afiq Danial Suhaimi dan Muhammad Azriq Haszley pada awal set perlawanan.

Mereka kemudian mendapat rentak perlawanan pada set keenam lalu meneruskan rentak kemenangan sehingga ke penghujung set. 

Ketua Jurulatih Boling Padang Sarawak, Nur Fithri Yaani Hamdin berkata, pihaknya berpuas hati dengan memperoleh kemenangan yang pertama hari ini dan akan meneruskan rentak kemenangan yang sama apabila bertemu Kelantan kelak. 

“Johor antara salah satu pasukan yang kuat tapi kami berasa bersyukur dapat memberi persaingan yang hebat untuk pasukan Johor,” katanya ketika ditemu bual di Arena Boling Padang Sarawak, di sini hari ini. 

BERAKSI…Iskandar Hasbi beraksi pada perlawanan tiga sepasukan boling padang menentang Johor. Foto Ramidi Subari

Justeru beliau berharap pasukan bimbingannya dapat mengekalkan momentum sehingga ke final. 

Sementara Awang Mohamad Sharszan Fyirman ketika ditemu bual berkata, saingan bertemu Johor pada perlawanan tadi amat sengit, terutamanya pada tiga set yang pertama.

Namun mereka berupaya untuk menyamai mata yang ketinggalan pada set keenam sebelum meninggalkan persaingan mereka dengan keputusan 14-10.

Beliau turut akui terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki pada perlawanan tadi dan berikrar akan membaiki teknik mereka pada perlawanan yang seterusnya. 

“Kami dapat kejar mata dan sehingga ke set terakhir kami berjaya menang. 

“Pusingan seterusnya kami akan bertemu Kelantan dan kami mengharapkan satu lagi kemenangan,” ujarnya. 

Nur Fithri Yaani Hamdin ditemu bual media.  Foto Ramidi Subari

BERITA LAIN

BERITA TERBARU