ARTIKEL

Pasukan Bomba Sukarelawan Dicadang Ditubuhkan di Kampung Jepak – Iskandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dengan risiko kebakaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak, Iskandar Turkee mencadangkan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela di kawasan perkampungan Jepak.

Penubuhan pasukan tersebut, katanya, sebagai langkah awal bagi membantu mengawal kejadian kebakaran daripada merebak ke kawasan yang lain.

“Saya berbincang dengan pihak berkuasa termasuk penghulu dan antara langkah jangka pendek yang sedang dipertimbangkan ialah penubuhan Pasukan Bomba Sukarela,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media usai meninjau dan menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak, petang Selasa.

Iskandar meninjau kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak, petang Selasa.

Menurut beliau, pasukan ini akan berperanan sebagai barisan hadapan dalam memberi respons awal sebelum ketibaan pihak bomba dan penyelamat, terutamanya di kawasan penempatan padat dan berisiko tinggi.

“Kita mahu melibatkan komuniti secara langsung dalam pengurusan kecemasan. Mereka akan diberi latihan asas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat agar lebih bersedia menangani situasi kebakaran, khususnya di peringkat awal yang sangat kritikal,” katanya.

Iskandar turut menyatakan bahawa Pasukan Bomba Sukarelawan ini akan dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti pemadam api, hos air, dan peralatan keselamatan lain. Keperluan logistik serta sokongan latihan akan dibincangkan dengan pihak bomba daerah dan agensi berkaitan.

Beliau menekankan bahawa cadangan ini bukan sahaja sebagai reaksi insiden semasa, tetapi sebagai satu pelaburan jangka panjang untuk keselamatan penduduk.

Dalam insiden kebakaran yang dipercayai berlaku sekitar 2.30 petang tadi (Selasa), enam kediaman melibatkan 26 mangsa kehilangan tempat tinggal.

Iskandar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak, petang Selasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU