ARTIKEL

Pasukan kabaddi lelaki Sarawak membawa pulang pingat gangsa.

Pasukan kabaddi Wilayah Persekutuan sapu bersih pingat emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Pasukan kabaddi lelaki Sarawak berjaya mempertahankan pingat gangsa temasya Sukan Malaysia (SUKMA) selepas menewaskan Perak dalam saingan tempat ketiga, di sini, hari ini.

Walaupun diberikan tentangan sengit, skuad tuan rumah tetap fokus memberikan yang terbaik untuk memastikan tambahan pingat buat kontijen negeri.

Mengalahkan pesaing dengan kelebihan dua mata, 38-36. Meskipun kalah dalam saingan separuh masa pertama dengan 16-20, Sarawak tidak mengalah dan terus bangkit memenangi separuh masa kedua dengan 22-16.

Menurut jurulatihnya, Muhammad Syukran Wahab, walaupun sasaran utama adalah memungut pingat emas tetapi beliau berpuas hati dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan barisan pemainnya.

“Sasaran utama kami pada tahun ini adalah membawa pulang pingat emas, namun tuah tidak menyebelahi kita.

“Bagaimanapun kita mampu untuk mengekalkan posisi ditempat ketiga, apabila sekali lagi memperoleh pingat gangsa selepas yang pertama pada tahun 2022,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini.

Abdul Kharlman Abdul Khalid, salah seorang pemain berkata mereka gembira kerana tidak pulang dengan tangan kosong dalam temasya dwitahunan tersebut.

“Walaupun diberikan saingan sengit dengan perbezaan mata yang sangat tipis, kami bersyukur kerana berjaya memperoleh pingat hasil daripada penat lelah berlatih selama lebih setahun.

“Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya Kerajaan Sarawak dalam membangunkan sukan tradisional ini,” tambahnya.

Terdahulu pada sebelah pagi, impian pasukan Sarawak untuk melangkah ke peringkat akhir acara kabaddi lelaki musnah apabila tewas tipis kepada Wilayah Persekutuan dalam perlawanan separuh akhir.

Pasukan tuan rumah yang terpaksa akur dengan hanya kalah dua mata memperoleh 38-40, walaupun bermula garang pada separuh masa pertama memenangi saingan dengan 18-13, tetapi Wilayah Persekutuan berjaya memintas dalam separuh masa kedua dengan 20-27.

Dalam saingan separuh akhir membabitkan pasukan Perak dan Selangor, kemenangan memihak kepada Selangor dengan keputusan 38-41.

Acara kabaddi yang menawarkan dua pingat emas menerusi kategori lelaki berpasukan dan wanita berpasukan menyaksikan Wilayah Persekutuan menyapu bersih kedua-dua pingat tersebut, diikuti Selangor yang membawa pulang dua pingat perak.

Ia selepas Wilayah Persekutuan menang tipis ke atas Selangor dengan 35-34 pada perlawanan akhir.

Sukan tradisional masyarakat India tersebut, sebelum ini hanya tampil sebagai acara demonstrasi, telah diberi pengiktirafan rasmi dalam SUKMA 2024 dan akan terus disenaraikan sebagai sukan pingat di SUKMA 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu