ARTIKEL

Uggah semasa mengadakan lawatan tapak ke projek Lebuh Raya Serian–Gedong–Samarahan, di sini, hari ini.

Pasukan petugas khas pantau projek RM2.8 bilion di Gedong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi melaksanakan pemantauan rapi terhadap projek jalan utama bernilai RM2.8 bilion di kawasan Gedong.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pasukan berkenaan akan diketuai oleh Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

Menurutnya, pasukan itu akan memberi tumpuan kepada tiga projek infrastruktur utama, iaitu Lebuh Raya Serian–Gedong–Samarahan, cadangan naik taraf Jalan Gedong–Simunjan serta cadangan Jalan Gedong–Semalatong.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama pasukan Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan akan memantau projek-projek ini secara rapi bagi memastikan ia dapat disiapkan tepat pada masanya seperti yang diharapkan oleh Premier. Itulah komitmen kami, sebab itu kami sentiasa turun padang.

“Sehubungan itu, hari ini (5 Januari) kita bersetuju menubuhkan satu pasukan petugas khas yang akan diketuai Aidel dan mereka juga diarahkan mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi memantau perkembangan projek,” katanya.

Uggah mengadakan lawatan ke projek Lebuh Raya Serian–Gedong–Samarahan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan tapak ke projek Lebuh Raya Serian–Gedong–Samarahan, di sini, hari ini.

Tambahnya, pendekatan tersebut penting memandangkan projek berkenaan bersifat kritikal dan perlu disiapkan mengikut perancangan, selain ia menjadi dasar kementerian untuk memantau secara berterusan setiap projek yang dilaksanakan.

“Inilah falsafah kerja kami — semua menteri, timbalan menteri, setiausaha tetap, pengarah serta pasukan masing-masing perlu sentiasa turun ke lapangan bagi memantau projek dan mencari penyelesaian terhadap sebarang isu yang dihadapi.

“Masalah sememangnya tidak dapat dielakkan, namun tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Apa yang kita harapkan ialah cuaca yang baik seperti hari ini kerana keadaan cuaca yang elok akan membolehkan kontraktor melaksanakan kerja dengan lebih lancar,” ujarnya.

Mengenai projek Lebuh Raya Serian–Gedong–Samarahan, beliau berkata projek itu merangkumi lima pakej pembinaan dan akan dibangunkan sebagai lebuh raya berkembar dengan panjang keseluruhan 45.65 kilometer, dengan anggaran kos RM1.88 bilion.

Jajaran yang menghala ke Gedong telah dirancang bagi menampung keperluan infrastruktur masa hadapan termasuk laluan khas Transit Aliran Autonomi (ART), laluan basikal, koridor utiliti serta pembinaan jambatan.

Sementara itu, cadangan naik taraf Jalan Gedong–Simunjan sedia ada akan dilaksanakan menerusi dua pakej melibatkan penaiktarafan kepada laluan berkembar sepanjang 20.6 kilometer dengan kos kira-kira RM556.33 juta.

Bagi cadangan projek Jalan Gedong–Semalatong pula, ia akan dilaksanakan dalam tiga pakej merangkumi jarak keseluruhan 57.45 kilometer dengan anggaran kos RM378.81 juta.

Uggah mengadakan lawatan ke projek Lebuh Raya Serian–Gedong–Samarahan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU