ARTIKEL

Pasukan Ronda Perubatan Th Tingkat Pemantauan Jemaah Di Mina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH: Pasukan ronda perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) meningkatkan pemantauan kesihatan jemaah haji Malaysia di Mina menerusi rondaan berkala terutama di laluan tumpuan jemaah sepanjang operasi Masyair.

Timbalan Ketua Peronda Perubatan Haji Dr Amir Suhaimi berkata pasukan yang dianggotai 30 petugas itu dibahagikan kepada lapan kumpulan dan melakukan rondaan setiap jam bagi memastikan bantuan kecemasan dapat diberikan dengan segera.

Beliau berkata semua anggota telah menjalani latihan bantuan asas kecemasan bagi membolehkan rawatan awal diberikan terus di lokasi sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan jemaah.

“Kita akan bergerak secara berkumpulan dan membuat rondaan secara interval setiap satu jam. Jika ada kecemasan, kita akan terus beri bantuan awal di lokasi.

“Kalau kes ringan, rawatan dibuat terus di tempat kejadian dan jemaah boleh pulang semula ke penginapan masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Dr Amir antara kes yang kerap diterima melibatkan jemaah terseliuh dan luka kecil akibat terjatuh, selain sakit pinggang serta keletihan kerana berjalan jauh serta berdiri terlalu lama.

Beliau berkata kebanyakan kes dapat dirawat di lokasi manakala kes lebih serius akan dirujuk ke klinik kecemasan atau hospital untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke