ARTIKEL

Kejohanan Pencak Silat Tanding dan Silat Seni Terbuka Kebangsaan AGSP Fighter 3.0 akan diadakan di Dewan Bandaran Kinta, Perak.

Pasukan Silat Helang Putih Perkasa Sertai Kejohanan Pencak Silat Di Perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Silat Helang Putih Perkasa (SHPP) Sarikei@Rumput Silat Sarawak (RSS) membawa misi membanggakan negeri apabila menyertai Kejohanan Pencak Silat Tanding dan Silat Seni Terbuka Kebangsaan AGSP Fighter 3.0 di Perak.

Pengurusnya, Mohammad Nazri Aboi berkata, seramai 23 peserta mewakili pasukan itu ke kejohanan yang berlangsung di Ipoh, Perak dari 23 hingga 30 Jun ini.

Pasukan SHPP Sarikei@RSS yang akan menyertai Kejohanan Pencak Silat Tanding dan Silat Seni Terbuka Kebangsaan AGSP Fighter 3.0 di Perak.

Menurutnya, sokongan dan kata-kata semangat daripada semua pihak amat bermakna buat barisan pengurus, jurulatih dan atlet dalam menghadapi kejohanan berkenaan.

“Harapan kami agar anak-anak ini dapat melakukan yang terbaik, beraksi dengan penuh disiplin, semangat berpasukan serta membawa nama Sarawak dengan penuh kebanggaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memohon doa agar perjalanan pengurus, jurulatih, ibu bapa dan atlet yang terlibat dipermudah serta kejayaan mengiringi perjuangan pasukan tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU