ARTIKEL

Kredit: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Pasukan SMART Malaysia selamat tiba di Nepal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS01 yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke Nepal selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada 12 tengah hari waktu tempatan semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan pasukan itu selesai menjalani proses ketibaan dan protokol misi pada 4.30 petang waktu tempatan, termasuk urusan pelepasan logistik serta pengesahan manifes anggota.

Pasukan itu kemudian bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal untuk menerima taklimat situasi semasa, manakala penyelarasan seterusnya akan dibuat bersama kedutaan dan agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan.

NADMA berkata pelaporan harian misi akan diselaraskan bersama Kedutaan Besar Malaysia di Nepal sepanjang operasi, selain memaklumkan keseluruhan anggota pasukan berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang isu dilaporkan.

Media sebelum ini melaporkan 11 anggota dan pegawai SMART berlepas ke Nepal dengan menaiki pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara TUDM Subang pada 9 pagi semalam, dengan membawa 12.4 tan peralatan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk kelengkapan menyelamat, alat pengesan, sistem komunikasi, dron berkapasiti tinggi, peralatan penyelamatan terowong, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan satu trak muatan 10 tan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU