ARTIKEL

BERCAKAP... Paul Sambang.

Paul Sambang tekad cipta rekod peribadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Penyerang sensasi Serian FA, Paul Sambang tekad untuk membantu pasukan mencipta kemenangan pada setiap perlawanan Liga Premier Sarawak 2025.

Tonggak utama pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak itu membuktikan kesungguhan menerusi pencapaian selaku penjaring terbanyak dengan merangkul 15 gol setakat ini.

HATRIK… Paul menunjukkan simbol tiga selepas menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang Sri Aman FA.

“Saya bertekad untuk membantu pasukan Serian FA mencipta sejarah sendiri dalam persaingan Bola Sepak Liga Premier 2025 dan misi kami satu sahaja iaitu menang, kutip tiga mata dalam setiap perlawanan.

“Bagi saya, 15 gol itu masih tidak cukup, saya akan sentiasa memperbaiki diri untuk memberikan lebih banyak gol untuk pasukan,”ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Meskipun mengakui umur kini mencecah 36 tahun, Paul menegaskan masih kuat untuk menyumbang bakti kepada pasukan.

Beliau mengakui hubungan erat dengan rakan pasukan serta pihak pengurusan yang cekap banyak membantunya untuk meningkatkan prestasi diri dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Paul menjadi pemain terbaik dalam aksi menentang Sri Aman FA di Kompleks Sukan Padawan sempena perlawanan minggu kesembilan Liga Bola Sepak Premier Sarawak.

Paul meledakkan tiga gol sekali gus menyempurnakan hatrik dalam perlawanan yang berlangsung bermula 4.15 petang pada Sabtu (15 November).

Minggu ke-10 bakal menyaksikan Serian bertandang ke Kota Samarahan selaku pasukan pelawat menentang Samarahan FA dijadual pada 22 November ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU