ARTIKEL

PBB bakal bertanding DUN Mambong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Ini menjadikan parti tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu akan bertanding di enam kerusi majoriti Bidayuh iaitu Tebedu, Tarat, Kedup, Bukit Semuja, Serembu dan Mambong.

Justeru, Naib Presiden Kanan PBB Dato Sri Michael Manyin Jawong yakin parti itu boleh menang di kesemua konstituensi berkenaan.

“PBB sekarang mempunyai kerusi Tebedu, Tarat, Kedup, Bukit Semuja, Serembu dan Mambong…saya yakin, kami boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi mengadakan ‘walkabout’ di Pasar Basah Serian di sini, hari ini.

Secara tradisi, DUN Mambong merupakan kerusi yang diperuntukan untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen GPS.

Kerusi ini telah disandang oleh Datuk Dr Jerip Susil selama empat penggal, yang keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Julai tahun lepas dan diterima menyertai PBB tiga bulan kemudian.

Sementara, Manyin yang juga Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi berkata pintu masih terbuka kepada Adun Opar, Ranum Mina untuk menyertai GPS mempertahankan kerusi itu pada PRN12 nanti.

Menurut beliau, tujuh daripada lapan kerusi majoriti Bidayuh adalah disandang oleh wakil dari GPS kecuali Opar, yang kini disandang Ranum dari PSB.

“Kalau beliau enggan menyertai GPS, maka kami perlu mencari calon baharu untuk bertanding di Opar,” katanya.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan