ARTIKEL

Karim bercakap kepada pemberita selepas melancarkan premis pembukaan Habib di pusat membeli belah The Spring, di sini, hari ini. (Foto oleh Mohd Alif Noni)

PBB desak sekurang-kurangnya 33 peratus kerusi parlimen Sabah, Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendesak petambahan kawasan parlimen sebagai sebahagian daripada usaha memelihara hak-hak Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan Malaysia.

Naib Presiden PBB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pada tahun 1963 iaitu ketika Malaysia dibentuk, Sabah, Sarawak, dan Singapura memegang lebih kurang 33 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen. 

“Namun, setelah Singapura keluar dari Malaysia, kerusi yang sebelumnya dipegang oleh Singapura telah diambil oleh Semenanjung Malaysia, menyebabkan bahagian Sabah dan Sarawak hanya memiliki kurang daripada 30 peratus kerusi di Parlimen.

“Pada masa ini tak silap saya, 25 atau 26 peratus sahaja (kerusi parlimen Sabah dan Sarawak). Dan menyaksikan berlakunya kekurangan.. ini (pembahagian kerusi) sangat penting kerana ini berkaitan dengan pemeliharaan hak,” katanya selepas melancarkan premis pembukaan Habib di pusat membeli belah The Spring, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah PBB mewujudkan beberapa kawasan Parlimen baharu selaras dengan peruntukan dalam MA63.

Tambah Karim, desakan ini penting kerana jika Semenanjung Malaysia memegang lebih daripada 2/3 kerusi di Parlimen, mereka (Semenanjung Malaysia) berpotensi untuk meminda undang-undang tanpa perlu persetujuan dari Sabah dan Sarawak.

Katanya tindakan ini boleh merosakkan hak-hak yang termaktub bagi Sarawak dan Sabah.

“Oleh itu, PBB bersama-sama dengan rakyat Sabah dan Sarawak ingin mengekalkan jumlah kerusi mereka di Parlimen sekurang-kurangnya pada tahap 30 hingga 33 peratus, sebagaimana yang pernah dirundingkan ketika Malaysia dibentuk. 

“Untuk mencapai matlamat ini, mereka perlu meminta penambahan kawasan parlimen, yang menjadi sebahagian daripada perbincangan dengan kerajaan pusat,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU