ARTIKEL

PBB Jepak perkukuh jentera, mula persiapan awal hadapi PRU Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Jepak mula mempergiat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi serta penyelarasan jentera parti di peringkat kawasan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Iskandar Turkee, berkata langkah awal itu dimulakan menerusi mesyuarat awal jentera pilihan raya PBB N.67 Jepak yang diadakan pada Isnin.

Beliau berkata, pertemuan berkenaan menjadi platform penting untuk menyusun kekuatan organisasi, menyelaraskan hala tuju gerak kerja serta memastikan setiap lapisan jentera memahami peranan masing-masing dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurutnya, persiapan awal itu mencerminkan komitmen parti untuk memastikan jentera pilihan raya berada dalam keadaan tersusun dan bersedia sebelum bermulanya tempoh rasmi berkempen.

Iskandar mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihan raya PBB Jepak.

“Mesyuarat ini bukan satu pengakhiran, sebaliknya permulaan untuk menyusun kekuatan, menyatukan hala tuju dan memastikan setiap peringkat jentera bergerak seiring dalam satu rentak,” katanya.

Iskandar berkata, usaha memperkukuh jentera tidak terhenti pada mesyuarat awal itu sahaja, sebaliknya akan diteruskan menerusi penyelarasan dan penambahbaikan persiapan dari semasa ke semasa.

Katanya, setiap aspek gerak kerja perlu diperhalusi bagi memastikan pasukan yang dibentuk mempunyai kesepakatan, disiplin serta keupayaan melaksanakan tanggungjawab masing-masing secara teratur.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan parti tidak seharusnya bergantung kepada individu tertentu, sebaliknya perlu berasaskan semangat kebersamaan, kesetiaan dan komitmen seluruh anggota organisasi.

Sehubungan itu, beliau berkata, PBB Jepak mahu memastikan segala persiapan dilaksanakan lebih awal dan tidak hanya tertumpu apabila pilihan raya semakin hampir atau selepas pengumuman rasmi tempoh berkempen.

BERITA LAIN

Sarawak sasar lahirkan 400 doktor menjelang 2032

KOTA SAMARAHAN: Sarawak berhasrat melahirkan 400 graduan perubatan menjelang 2032 menerusi peluasan program penajaan pendidikan bagi menangani kekurangan doktor, khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

BERITA TERBARU

Sarawak sasar lahirkan 400 doktor menjelang 2032

KOTA SAMARAHAN: Sarawak berhasrat melahirkan 400 graduan perubatan menjelang 2032 menerusi peluasan program penajaan pendidikan bagi menangani kekurangan doktor, khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

Penggodam Curi US$132 Juta Daripada Bank Perancis

MOSCOW: Bank Perancis Credit Mutuel Arkea menjadi mangsa serangan penggodam yang mengakibatkan €118 juta (US$132.5 juta) dicuri daripada akaunnya, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar Le