ARTIKEL

Sarawak sasar lahirkan 400 doktor menjelang 2032

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sarawak berhasrat melahirkan 400 graduan perubatan menjelang 2032 menerusi peluasan program penajaan pendidikan bagi menangani kekurangan doktor, khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha itu diteruskan menerusi Program Khas Biasiswa Perubatan Yayasan Sarawak yang diperkenalkan sejak 2017 yang kini memasuki fasa kedua pada 2027 dengan seramai 80 pelajar dijangka menerima manfaat penajaan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

“Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Sarawak untuk mencapai sasaran melahirkan 400 graduan perubatan menjelang 2032,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-30 di Arena Gemilang, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

Menurut Uggah, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk membangunkan tenaga profesional tempatan dalam sektor kesihatan.

Tambahnya, kekurangan doktor masih menjadi antara cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan rakyat, terutama penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman, mendapat akses perkhidmatan kesihatan lebih baik.

Dalam pada itu, Uggah yang juga Pro-Canselor UNIMAS berkata, pembangunan tenaga profesional dalam bidang perubatan perlu diberikan perhatian sejajar keperluan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan negeri.

“Penambahan doktor tempatan bukan sahaja penting untuk memenuhi keperluan fasiliti kesihatan, malah membantu memperkukuh keupayaan perkhidmatan perubatan di kawasan yang sukar mendapat akses,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap lebih ramai anak Sarawak memanfaatkan peluang pendidikan dalam bidang kritikal itu bagi membantu memenuhi keperluan tenaga kerja profesional negeri pada masa depan.

BERITA LAIN

Gangwon Waspada Kebangkitan The Cats

KUCHING: Gangwon FC menjangkakan Kuching City FC tampil lebih agresif dalam usaha memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) apabila kedua-dua pasukan bertemu semula

BERITA TERBARU

Penggodam Curi US$132 Juta Daripada Bank Perancis

MOSCOW: Bank Perancis Credit Mutuel Arkea menjadi mangsa serangan penggodam yang mengakibatkan €118 juta (US$132.5 juta) dicuri daripada akaunnya, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar Le