ARTIKEL

Saingan Kejohanan Sepak Takraw Belia ATAS Dijangka Sengit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) berlangsung pada 14 November ini di gelanggang futsal SLPAS.

Setiausaha ATAS, Jaya Awang memberitahu, pihaknya menyasarkan 16 pasukan terlibat untuk kejohanan sehari itu.

Menurut Jaya, format kejohanan ialah liga peringkat kumpulan untuk peringkat awal.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir dengan format kalah singkir.

“Penyertaan kini sudah dibuka dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi saya di talian 013-5115068 atau Idris Bujang di talian 017-7875524,” ujar Jaya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, yuran pendaftaran bagi setiap pasukan adalah serendah RM60.

Katanya, hadiah cukup menarik menanti kelompok tiga pasukan terbaik untuk kejohanan kali ini.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM300, piala beserta pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM150 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” menurut beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU