ARTIKEL

Polis Tahan Bapa dan Anak Disyaki Curi Barangan Vitamin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang bapa dan anaknya yang memiliki keseluruhan 36 rekod jenayah lampau, ditahan polis kerana disyaki mencuri barangan vitamin di sebuah pusat beli-belah di sini.

Kedua-dua suspek diberkas di dalam sebuah bilik hotel di Pusat Komersial Fasa 3, Bandar Permyjaya, kira-kira 9.30 malam Selasa lalu, selepas polis berjaya mengesan mereka hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, semakan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati seorang daripada suspek mempunyai 21 rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi memiliki 15 rekod.

“Rekod jenayah tersebut dicatatkan di beberapa daerah termasuk Sibu, Bintulu dan Miri, selain beberapa daerah di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, penahanan bapa dan anak itu dibuat susulan laporan kecurian barangan vitamin di sebuah premis Guardian di pusat beli-belah di sini pada 31 Oktober lalu.

Katanya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki memasuki premis berkenaan dengan berpura-pura sebagai pelanggan kira-kira 1 tengah hari pada hari kejadian.

“Kedua-duanya kemudian dipercayai mengambil beberapa barangan vitamin sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg dan meninggalkan premis tanpa membuat sebarang pembayaran,” katanya.

Mohd Farhan berkata, susulan laporan tersebut, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Balai Polis Pusat Miri yang diketuai Ketua Polis Balai Pusat Miri, Asisten Superintenden Goldy Jangan, menjalankan risikan bagi mengesan kedua-dua suspek.

Katanya, hasil maklumat dan risikan membawa kepada penahanan kedua-dua lelaki berkenaan pada 3 November lalu.

“Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas beberapa helai pakaian serta dua set barangan vitamin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Farhan menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

BERITA LAIN

Gangwon Waspada Kebangkitan The Cats

KUCHING: Gangwon FC menjangkakan Kuching City FC tampil lebih agresif dalam usaha memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) apabila kedua-dua pasukan bertemu semula

BERITA TERBARU

KUCING bukan sekadar teman

MINGGU lalu, ketika sedang menyemak rencana yang dihantar oleh wartawan untuk diterbitkan, saya berbual santai dengan seorang rakan sepejabat. Saya memberitahunya, beberapa bulan lalu, dua

Dasar pendidikan S’wak pacu ekonomi rakyat

“KALAU tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Peribahasa klasik ini membawa makna, cita-cita, harapan dan kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha gigih dan pengorbanan. Jasnita