ARTIKEL

KUCING bukan sekadar teman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MINGGU lalu, ketika sedang menyemak rencana yang dihantar oleh wartawan untuk diterbitkan, saya berbual santai dengan seorang rakan sepejabat.

Saya memberitahunya, beberapa bulan lalu, dua ekor kucing sering menumpang tidur di laman rumah saya.

Seekor di hadapan rumah, manakala seekor lagi di belakang rumah.

Kedua-dua kucing itu tidak begitu mesra kerana tidak suka dibelai.

Saya tidak pasti sama ada kedua-duanya kucing liar atau mempunyai tuan.

Mendengar cerita saya itu, rakan saya ketawa besar.

Menurutnya, kucing membawa tuah. Saya juga sering mendengar kepercayaan bahawa kucing dikatakan membawa tuah, rezeki dan keberkatan.

Justeru, saya membiarkan kedua-duanya datang untuk tidur sebelum beredar setiap hari.

Kucing bukan sekadar haiwan peliharaan yang menceriakan kehidupan manusia.

Berdasarkan pelbagai sumber sejarah dan budaya, sejak berabad dengan pelbagai kepercayaan karut.

Dari perspektif Islam, kucing dikenali sebagai haiwan yang bersih dan boleh hidup bersama manusia.

Islam turut menekankan kepentingan berbuat ihsan terhadap haiwan, termasuk memberikan makanan, minuman dan penjagaan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, kepercayaan bahawa kucing secara khusus membawa rezeki atau keberkatan tidak wajar dianggap sebagai ketetapan agama tanpa sandaran yang sahih.

Hakikatnya, kehadiran kucing boleh membawa kebahagiaan, mengurangkan rasa kesunyian dan mewujudkan suasana yang lebih mesra dalam sesebuah keluarga.

Tindakan memelihara serta menyantuni haiwan dengan penuh kasih sayang juga mencerminkan nilai belas kasihan dan tanggungjawab.

Bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang kukuh bahawa kucing secara langsung membawa kekayaan atau mengubah nasib seseorang.

Namun begitu, hubungan positif dengan haiwan peliharaan boleh memberikan manfaat emosi dan sosial kepada manusia.

Bercakap mengenai kucing, saya mempunyai seorang sahabat yang sangat menyayangi haiwan berbulu ini.

Dua minggu lalu, dia memuat naik hantaran berserta gambar semua kucing MINGGU lalu, ketika sedang menyemak rencana yang dihantar oleh wartawan untuk diterbitkan, saya berbual santai dengan seorang rakan sepejabat.

Saya memberitahunya, beberapa bulan lalu, dua ekor kucing sering menumpang tidur di laman rumah saya. Seekor di hadapan rumah, peliharaannya di media sosial.

“Peduli sangat dengan haiwan… itu ayat yang orang selalu cakap kepada saya.

Ya, betul.

Saya memang peduli dengan haiwan.

Saya kasihan melihat kucing dan anjing.

Tak dapat nak ungkap perasaan itu.

Hanya kamu yang pencinta haiwan saja faham perasaan ini.

“Sekarang saya bukan hanya bela kucing dan anjing.

Saya dah ada seekor kura-kura bernama Sambik.

Sebelum ini, anjing saya ada jumpa seekor kura-kura bernama Jijoy, tapi ia dah hilang.

“Jadi, tinggal Sambik saja lagi.

Sebab itu, sekarang setiap minggu saya membeli pisang sebagai makanan Sambik.

Kadangkala saya berinya makan isi daging mentah.

Dia pandai memilih, tak nak makan kangkung.

“Saya bukan minat membela haiwan, tetapi haiwan yang datang ke rumah saya.

Perlahan-lahan Sambik berjalan atas simen rumah saya.

Jadi, saya ambilnya sebab kasihan,” katanya. Oleh itu, saya amat menghormati para pencinta haiwan.

Mereka sanggup mengorbankan masa dan wang kerana haiwan peliharaan bukan sekadar teman di rumah, malah memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kebajikan haiwan tersebut sentiasa terpelihara. Itulah yang dilakukan oleh sahabat saya.

Dia memelihara lima ekor kucing, termasuk seekor yang kurang upaya. Selain itu, rumahnya juga sering dikunjungi lima ekor kucing liar.

Setiap bulan, dia membelanjakan sekitar RM400 hingga RM500 untuk keperluan kucing sahaja, tidak termasuk perbelanjaan bagi anjing peliharaannya.

Wang tersebut digunakan untuk membeli makanan basah, makanan kering, isi ayam, ikan dan daging lembu.

Dari segi kesihatan pula, kucing-kucing tersebut jarang jatuh sakit kerana dijaga dengan baik.

Jika ada yang sakit, dia akan membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM100.

Sesungguhnya, memelihara haiwan merupakan suatu amanah yang memerlukan kesabaran, pengetahuan dan komitmen berterusan.

Haiwan yang dijaga dengan baik berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.

Sikap bertanggungjawab terhadap haiwan juga mencerminkan nilai kemanusiaan dan kasih sayang terhadap makhluk hidup.

Oleh itu, kita perlu memahami haiwan peliharaan bukan sekadar teman ketika senang, tetapi juga merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul sepanjang hayat haiwan tersebut.

KUCING bukan sekadar teman abad lalu, haiwan ini turut dikaitkan dengan tuah, kemakmuran, perlindungan dan keberkatan dalam pelbagai masyarakat serta tradisi di seluruh dunia.

Di Jepun, maneki-neko atau patung kucing yang mengangkat sebelah kaki hadapan dipercayai melambangkan tuah, kemakmuran dan peluang perniagaan.

Patung kucing ini sering ditempatkan di kedai serta premis perniagaan sebagai simbol harapan untuk menarik pelanggan dan membawa kejayaan.

Dalam tamadun Mesir Purba pula, kucing mempunyai kedudukan istimewa dan dikaitkan dengan Dewi Bastet yang melambangkan perlindungan, rumah tangga dan kesuburan.

Masyarakat ketika itu menghormati kucing kerana peranannya dalam kehidupan seharian, termasuk membantu mengawal haiwan perosak.

Dalam sesetengah masyarakat Eropah dan Asia, kucing juga dikaitkan dengan nasib baik, keharmonian rumah tangga dan perlindungan daripada perkara yang tidak diingini.

Namun begitu, kepercayaan terhadap kucing berbeza mengikut tempat, zaman dan tradisi.

Terdapat juga budaya dengan pelbagai kepercayaan karut.

Dari perspektif Islam, kucing dikenali sebagai haiwan yang bersih dan boleh hidup bersama manusia.

Islam turut menekankan kepentingan berbuat ihsan terhadap haiwan, termasuk memberikan makanan, minuman dan penjagaan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, kepercayaan bahawa kucing secara khusus membawa rezeki atau keberkatan tidak wajar dianggap sebagai ketetapan agama tanpa sandaran yang sahih.

Hakikatnya, kehadiran kucing boleh membawa kebahagiaan, mengurangkan rasa kesunyian dan mewujudkan suasana yang lebih mesra dalam sesebuah keluarga.

Tindakan memelihara serta menyantuni haiwan dengan penuh kasih sayang juga mencerminkan nilai belas kasihan dan tanggungjawab.

Bagaimanapun, tiada bukti saintik yang kukuh bahawa kucing secara langsung membawa kekayaan atau mengubah nasib seseorang.

Namun begitu, hubungan positif dengan haiwan peliharaan boleh memberikan manfaat emosi dan sosial kepada manusia.

Bercakap mengenai kucing, saya mempunyai seorang sahabat yang sangat menyayangi haiwan berbulu ini.

Dua minggu lalu, dia memuat naik hantaran berserta gambar semua kucing peliharaannya di media sosial.

“Peduli sangat dengan haiwan… itu ayat yang orang selalu cakap kepada saya.

Ya, betul.

Saya memang peduli dengan haiwan.

Saya kasihan melihat kucing dan anjing.

Tak dapat nak ungkap perasaan itu.

Hanya kamu yang pencinta haiwan saja faham perasaan ini.

“Sekarang saya bukan hanya bela kucing dan anjing.

Saya dah ada seekor kura-kura bernama Sambik.

Sebelum ini, anjing saya ada jumpa seekor kura-kura bernama Jijoy, tapi ia dah hilang.

“Jadi, tinggal Sambik saja lagi.

Sebab itu, sekarang setiap minggu saya membeli pisang sebagai makanan Sambik.

Kadangkala saya berinya makan isi daging mentah.

Dia pandai memilih, tak nak makan kangkung.

“Saya bukan minat membela haiwan, tetapi haiwan yang datang ke rumah saya.

Perlahan-lahan Sambik berjalan atas simen rumah saya. Jadi, saya ambilnya sebab kasihan,” katanya.

Oleh itu, saya amat menghormati para pencinta haiwan.

Mereka sanggup mengorbankan masa dan wang kerana haiwan peliharaan bukan sekadar teman di rumah, malah memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kebajikan haiwan tersebut sentiasa terpelihara.

Itulah yang dilakukan oleh sahabat saya.

Dia memelihara lima ekor kucing, termasuk seekor yang kurang upaya.

Selain itu, rumahnya juga sering dikunjungi lima ekor kucing liar.

Setiap bulan, dia membelanjakan sekitar RM400 hingga RM500 untuk keperluan kucing sahaja, tidak termasuk perbelanjaan bagi anjing peliharaannya.

Wang tersebut digunakan untuk membeli makanan basah, makanan kering, isi ayam, ikan dan daging lembu.

Dari segi kesihatan pula, kucing-kucing tersebut jarang jatuh sakit kerana dijaga dengan baik.

Jika ada yang sakit, dia akan membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM100.

Sesungguhnya, memelihara haiwan merupakan suatu amanah yang memerlukan kesabaran, pengetahuan dan komitmen berterusan.

Haiwan yang dijaga dengan baik berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.

Sikap bertanggungjawab terhadap haiwan juga mencerminkan nilai kemanusiaan dan kasih sayang terhadap makhluk hidup.

Oleh itu, kita perlu memahami haiwan peliharaan bukan sekadar teman ketika senang, tetapi juga merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul sepanjang hayat haiwan tersebut.

BERITA LAIN

Didik murid jauhi dadah

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching menyertai Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang berlangsung di Dewan Datuk Merpati Jepang, Sekolah Kebangsaan

MyCARE bantu bina semula Gaza

HUMANITARIAN Care Malaysia (MyCARE) menganjurkan program HiTea Kemanusiaan: Bersama Membina Gaza bagi mengumpul dana untuk menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula Gaza. Program berkenaan merupakan

BERITA TERBARU

Dasar pendidikan S’wak pacu ekonomi rakyat

“KALAU tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Peribahasa klasik ini membawa makna, cita-cita, harapan dan kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha gigih dan pengorbanan. Jasnita

Gangwon Waspada Kebangkitan The Cats

KUCHING: Gangwon FC menjangkakan Kuching City FC tampil lebih agresif dalam usaha memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) apabila kedua-dua pasukan bertemu semula