ARTIKEL

BELL serta barisan penganjur bergambar kenangan bersama-sama peserta yang menjayakan Program PUBG Mobile Oohhaa Sarawak 2026 Peringkat Daerah Saratok di Dewan Sri Krian, di sini, hari ini.

PBB Krian, SESA perkasa e-sukan Saratok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Krian bersedia menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) bagi menyediakan platform kepada golongan muda Saratok mengetengahkan bakat dalam bidang e-sukan.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ketua PBB Cawangan Krian, Bell Bernard Aggan berkata, e-sukan kini berkembang dan berpotensi besar dalam pembangunan bakat, teknologi, ekonomi digital dan peluang kerjaya.

Menurutnya, PBB turut memberi perhatian terhadap pembangunan modal insan, khususnya generasi muda.

BELL menerima cenderahati daripada Jonathan pada Program PUBG Mobile Oohhaa Sarawak 2026 Peringkat Daerah Saratok di Dewan Sri Krian, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program PUBG Mobile Oohhaa Sarawak 2026 Peringkat Daerah Saratok di Dewan Sri Krian, di sini, hari ini.

Penganjuran program itu membuktikan pembangunan belia perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi dan perkembangan semasa.

Katanya, usaha berkenaan selaras dengan aspirasi pembangunan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang memberi penekanan kepada ekonomi digital, pembangunan bakat dan peluang untuk generasi muda.

Dalam pada itu, Bell merakamkan penghargaan kepada SESA dan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Krian selaku penganjur bersama, selain jawatankuasa serta semua pihak yang menjayakan kejohanan berkenaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Presiden SESA, Afiq Fadhli Narwawi, serta pasukannya atas komitmen berterusan dalam membangunkan industri e-sukan di Sarawak.

Bell berharap kerjasama antara PBB Cawangan Krian, SESA dan golongan belia dapat diteruskan menerusi lebih banyak program yang memberi ruang kepada anak muda untuk berkarya, bersaing dan mengembangkan potensi serta mengharumkan nama Sarawak di peringkat lebih tinggi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU