ARTIKEL

PBB serah senarai calon untuk tapisan SPRM, PDRM, Insolvensi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sedang dalam proses penapisan insolvensi calon sebelum senarai akhir diputuskan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah berkenaan dilaksanakan sebagai komitmen untuk memastikan kredibiliti dan integriti semua calon yang akan ditampilkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan datang.

”Senarai berkenaan telah dihantar kepada Jabatan Insolvensi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses tapisan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bakal menyaksikan muka-muka baharu sebagai usaha ke arah pembaharuan parti.

Katanya, PBB akan menampil antara 10 hingga 20 peratus calon muka baharu pada PRN-12 akan datang.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan