ARTIKEL

SELESAI PEMILIHAN… Mohamad Azri Johari (berdiri di tengah) merakam gambar bersama pemain yang terpilih.

PBBS kenal pasti 30 pemain terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) sudah mengenal pasti 30 pemain terbaik selepas sesi pemilihan akhir sebentar tadi.

Sekaligus menjadi petanda buat kem kendalian Teruna Haji Jeman untuk bersiap sedia menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2025 yang akan membuka tirainya pada 20 September depan.

AMANAT… Pemain yang turut serta dalam pemilihan terakhir mendengar amanat daripada Mohamad Azri Johari (tengah).

“Kita sudah mengenal pasti seramai 30 pemain selepas pemilihan akhir sebentar tadi.

“Sesi latihan penuh pemain akan bermula awal bulan depan,” ujar Teruna ketika ditemui Arena Suara Sarawak sejurus selesai pemilihan tersebut.

Sesi pemilihan akhir pemain yang bermula pagi tadi berlangsung di Stadium Kota Samarahan dan turut dihadiri Presiden PBBS, Mohamad Azri Johari, bersama barisan exco lain.

Teruna menegaskan, selain menumpukan perhatian kepada latihan, pasukannya mungkin akan terlibat dalam beberapa aksi persahabatan.

“Kita akan melihat keperluan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Ia penting bagi memperkukuh keserasian antara pemain,” jelas Teruna.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU