ARTIKEL

Sim diiringi tetamu kehormat yang lain menyempurnakan simbolik perasmian Hari Integriti MPHLG bertemakan ‘Integriti Diperkasa, Perkhidmatan Berkualiti’ di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

PBT Sarawak digesa perkukuh integriti, cegah risiko rasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak digesa memperkukuh tadbir urus dan integriti organisasi masing-masing menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) bagi memastikan risiko rasuah dapat dicegah secara lebih sistematik.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, strategi itu penting bagi membantu organisasi mengenal pasti risiko rasuah, menilai kelemahan prosedur sedia ada serta melaksanakan langkah pencegahan yang bersesuaian.

Katanya, kementerian, jabatan, agensi dan PBT perlu memberi perhatian khusus kepada fungsi berisiko tinggi seperti perolehan, pentadbiran kontrak, pengurusan kewangan, pelesenan dan penguatkuasaan yang berpotensi mewujudkan risiko rasuah atau konflik kepentingan.

Sim (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama-sama Setiausaha Tetap MPHLG, Datuk Elizabeth Loh (tiga kiri), dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Datuk Hasbilah Mohamad Salleh (tiga kanan) serta tetamu kehormat selepas sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

“Pelaksanaan OACS memerlukan setiap organisasi meneliti amalan pentadbiran dan operasi sedia ada serta memperkenalkan langkah bersesuaian bagi menangani risiko yang dikenal pasti.

“Ini termasuk penambahbaikan prosedur dalaman, pembahagian tugas yang lebih jelas, pengukuhan penyeliaan, dokumentasi teratur serta pemantauan pematuhan secara berkala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Hari Integriti Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) bertemakan ‘Integriti Diperkasa, Perkhidmatan Berkualiti’ di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Sim merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu.

Dalam pada itu, beliau menambah, keberkesanan OACS tidak seharusnya diukur berdasarkan penyediaan dokumen strategi semata-mata, sebaliknya melalui pelaksanaan langkah praktikal yang mampu mengurangkan risiko serta memperkukuh tadbir urus organisasi.

Menurutnya, pihak pengurusan perlu memastikan tanggungjawab diberikan kepada pegawai berkaitan, selain memantau dan menilai keberkesanan setiap langkah pencegahan yang dilaksanakan.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha memperkukuh integriti bukan tanggungjawab Unit Integriti semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen kepimpinan dan seluruh warga organisasi.

Dalam pada itu, Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan, kementerian kekal komited menyokong pelaksanaan OACS serta memperkukuh kerjasama dengan agensi berkaitan bagi mencegah rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik.

Beliau turut mengingatkan PBT supaya bergerak seiring dengan kemajuan teknologi, khususnya perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), agar tidak ketinggalan dalam transformasi perkhidmatan awam.

Menurutnya, organisasi perlu mengikuti perkembangan teknologi, meningkatkan keupayaan menganalisis maklumat serta mengenal pasti risiko yang mungkin timbul daripada penggunaan AI.

Beliau memaklumkan, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2026 turut menegaskan bahawa penggunaan AI dalam perkhidmatan awam mesti berpandukan integriti, pertimbangan manusia dan akauntabiliti.

BERITA LAIN

Setiap undi amat penting – Uggah

SERIAN: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengingatkan penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya tidak mengisytiharkan kemenangan sebelum undi dikira pada Pilihan Raya

JAKKSA santuni warga PDK Sri Aman

SIMANGGANG: Keprihatinan kebajikan komuniti terus dizahirkan apabila Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti (JAKKSA) mengadakan lawatan mesra ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman, hari

BERITA TERBARU

JAKKSA santuni warga PDK Sri Aman

SIMANGGANG: Keprihatinan kebajikan komuniti terus dizahirkan apabila Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti (JAKKSA) mengadakan lawatan mesra ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman, hari

Setiap undi amat penting – Uggah

SERIAN: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengingatkan penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya tidak mengisytiharkan kemenangan sebelum undi dikira pada Pilihan Raya