ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah ketika berucap.

PDRM Sarawak hantar 903 pegawai dan anggota bantu PRN Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 903 orang pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Sarawak berangkat ke Sabah hari ini, bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, jumlah keseluruhan pegawai dan anggota yang bertugas seramai 1,031 orang dan sebahagiannya telah berangkat awal ke Sabah.

Datuk Mohamad Zainal Abdullah melawat formasi.

“Mereka akan bertugas di beberapa lokasi yang ditempatkan oleh PDRM Kontinjen Sabah termasuklah di kawasan zon panas pilihan raya.

“Saya hendak mengingatkan kepada pegawai penyelia di setiap lokasi penugasan agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Rakam Kenangan… Datuk Mohamad Zainal Abdullah bersama-sama kontijennya sebelum berlepas ke Sabah hari ini.

“Pastikan ‘roll call’ dibuat secara teratur dan konsisten bukan semata-mata proses kehadiran, malah satu platform penting untuk menyampaikan peringatan tugas, memberikan arahan keselamatan, dan mengukuhkan semangat
anggota sebelum memulakan tugasan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Flag Off Bantuan Sumber Manusia PRN Sabah Ke-17 di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak, hari ini.

Flag Off perlepasan Kontijen PDRM Sarawak ke Sabah.

Beliau memberitahu bahawa suasana PRN Sabah sebelum ini, agak panas dan penuh cabaran dengan pelbagai agenda politik yang boleh mengundang provokasi.

Justeru, beliau mengingatkan petugas tidak bertindak balas terhadap sebarang provokasi.

“Kawal emosi, elakkan tindakan reaktif, dan sentiasalah bertindak berdasarkan undang-undang serta arahan operasi.

“Setiap inci tindakan anggota PDRM diperhatikan masyarakat, justeru profesionalisme perlu dikekalkan pada setiap masa,” katanya lagi.

Beliau menegaskan pengendalian senjata api hendaklah dijaga seperti nyawa sendiri.

Tegasnya, pastikan pemeriksaan dibuat secara berkala, pemantauan rapi dilaksanakan dan setiap prosedur keselamatan dipatuhi sepenuhnya.

“Kecuaian dalam aspek ini boleh membawa risiko yang besar bukan sahaja kepada anggota tetapi juga orang awam,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa kontijennya akan berada di Sabah bermula hari ini sehingga proses membuang undi selesai.

Jelasnya, sekiranya semua berjalan dengan lancar, dalam tempoh dua ke tiga hari selepas pembuangan undi, kontijennya akan dibenarkan pulang ke formasi masing-masing.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya