PDRM menyemak semula modul pengambilan anggota dan pegawai baharu susulan beberapa kes salah laku melibatkan warganya baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata proses pengambilan pelatih sedia ada mengikut kategori dan pangkat mempunyai prosedur yang ditetapkan selain pemeriksaan fizikal dan kecergasan.
“Pelatih akan menghadiri Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri sebelum dipanggil menghadiri temu duga secara lisan dan selepas melepasinya, tapisan keselamatan juga akan dibuat,” katanya.
Menurutnya kajian semula yang dilaksanakan akan turut melibatkan modul keagamaan bagi yang beragama Islam dan moral bagi pelatih yang bukan Muslim.



