ARTIKEL

PDRM umum pertukaran pegawai kanan libatkan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan beberapa pertukaran pegawai kanan yang turut melibatkan jawatan penting di Sarawak sebagai sebahagian usaha memperkukuh pengurusan, keselamatan dan penyampaian perkhidmatan kepolisan.

Setiausaha PDRM, DCP Abdul Rahman Kassim berkata, antara pertukaran utama ialah pelantikan ACP Zulkifli Suhaili yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Sibu sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak.

“Pelantikan tersebut dibuat dengan memangku pangkat Superintenden (SAC),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, Sarawak turut menyaksikan perubahan kepimpinan dalam sektor pencegahan jenayah apabila ACP Roselina Daud dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Sarawak, juga dengan memangku pangkat SAC.

Katanya, Roselina sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sarawak serta berpengalaman luas dalam aspek pematuhan dan pengurusan integriti pasukan.

“Pertukaran ini selari dengan keperluan Sarawak yang mempunyai keluasan geografi serta cabaran keselamatan tersendiri, sekali gus menuntut kepimpinan berpengalaman dan berkesan dalam memperkukuh kerjasama komuniti serta pencegahan jenayah,” katanya.

Dalam pengumuman sama, Abdul Rahman berkata beberapa pegawai kanan PDRM di peringkat persekutuan turut terlibat dalam pertukaran jawatan strategik sebagai sebahagian daripada penstrukturan kepimpinan pasukan.

Katanya, semua pertukaran ini akan berkuat kuasa mulai 9 Februari 2026.

“Ia bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan yang berwibawa serta meningkatkan keberkesanan perkhidmatan polis, khususnya dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia,” katanya.

TANGKAPAN LAYAR…Tangkapan layar pertukaran pegawai kanan di Malaysia.
TANGKAPAN LAYAR…Tangkapan layar pertukaran pegawai kanan di Malaysia.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU