ARTIKEL

Pearly Tan-M. Thinaah | Bernama

Pearly-Thinaah wakil tunggal negara ke suku akhir Terbuka China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka China 2026, sekali gus muncul wakil tunggal negara yang masih memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu.

Kejayaan itu hadir selepas enam lagi wakil negara yang beraksi pada pusingan kedua gagal meneruskan cabaran, masing-masing dalam acara perseorangan lelaki, tiga beregu lelaki dan dua beregu campuran.

Dalam aksi pusingan kedua di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou semalam, pasangan nombor lima dunia itu hanya mengambil masa 30 minit untuk menyingkirkan gandingan Ukraine, Polina Buhrova-Yevheniia Kantemyr, 21-19, 21-12.

Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti juara Indonesia Masters itu apabila mereka dijadualkan berdepan pasangan nombor tiga dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, pada aksi suku akhir hari ini.

Terdahulu, dua beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa akur selepas disingkirkan wakil Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, menerusi pertarungan sengit 19-21, 21-12, 19-21.

Turut tersingkir ialah Nur Mohd Azryn Ayub-Tan Wee Kiong yang tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 13-21, 19-21. — Bernama

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat