ARTIKEL

HEBAT... Pemain regu A dan C PES Saratok merakam gambar kenangan selesai majlis penyampaian hadiah.

PEC Saratok memang hebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Piala Belia Bawah 21 Tahun 2024 melabuhkan tirainya hujung minggu lalu, menyaksikan dominasi pasukan PEC (Pusat Elit Cemerlang) Saratok menerusi regu A dan C yang masing-masing bergelar juara dan naib juara.

Berentap di pentas final di Stadium Sepak Takraw PSS, Petra Jaya, regu A PEC Saratok mencatat kemenangan bergaya ke atas regu C PEC Saratok dengan keputusan 15-0, 15-8.

Kejayaan tersebut menghadiahkan barisan pemain regu A PEC Saratok wang tunai RM1,000, piala, dan pingat.

Sementara itu, regu C PEC Saratok membawa pulang wang tunai RM500, beserta piala dan pingat.

Pasukan PEC Saratok diterajui oleh tiga jurulatih berpengalaman iaitu Fitri Ramzee Ramli (Ketua Jurulatih), Mohd. Rushdi Sani, dan Mohd. Azimin Azis

“Saya cukup gembira dengan kejayaan ini.

Syabas dan tahniah kepada para pemain kerana memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang kejohanan,” ujar Fitri kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Fitri, kejayaan ini diharapkan menjadi pencetus semangat untuk para pemain menghadapi kejohanan-kejohanan lain di masa akan datang.

Sementara itu, pasukan Kestap dan PC Sri Aman A, yang tewas di peringkat separuh akhir, masing-masing menerima wang tunai RM200, piala, dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi