ARTIKEL

Gambar hiasan

Pecah masuk rumah, remaja diperintah ke Henry Gurney

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana pecah masuk rumah lalu mencuri satu set rim motosikal, April lalu.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan demikian selepas pendengaran laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Terdahulu, remaja yang bersekolah setakat darjah enam itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapannya sebelum diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney selepas laporan akhlak diperolehi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri satu set rim motosikal.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh masuk ke rumah milik seorang lelaki berusia 23 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Tabuan Height sekitar jam 4.27 pagi, 4 April lalu.

Hui Chuan juga memerintahkan keluarga tertuduh melawatnya sebulan sekali di sekolah tersebut.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu terdengar pintu pagar besi ditarik.

Hasil pemeriksaan mendapati rim tayar motosikal dan bateri hilang dicuri.

Pengadu mengalami kerugian sekitar RM200 akibat kejadian tersebut.

Laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut sebelum membawa kepada penangkapan tertuduh pada 7 April lalu di sebuah kampung di sini.

Turut dirampas semasa tangkapan tertuduh ialah dua unit rim tayar.

Hasil siasatan mendapati pengadu mengecam barang kes yang dirampas selain terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi tertuduh menceroboh masuk dan mencuri di rumah pengadu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU