ARTIKEL

Pecah monopoli padi dan beras perkasa usahawan Bumiputera – MTEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan memecahkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mesti dilakukan secara adil, dengan perkongsian hak lesen import (AP) kepada pengilang dan pemborong Bumiputera, dan bukan hanya kepada pemain industri besar milik bukan Bumiputera.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman, pihaknya berharap syarikat yang mengambil alih tanggungjawab Bernas mesti berpengalaman dan mampu membawa kedudukan yang lebih baik kepada petani khususnya, serta rakyat Malaysia.

“Syarikat tersebut mestilah telah lama terlibat dalam industri padi beras dan bukan salah satu anak syarikat Bernas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Yazid menegaskan bahawa pengagihan kuota AP harus dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan pengambilan secara menyeluruh atau bersama-sama dapat berjalan lancar tanpa merugikan mana-mana pihak, terutama kerajaan.

“Tempoh pengukuran mesti melebihi dua tahun bagi melihat keberkesanan dan kestabilan perjalanan operasi syarikat-syarikat yang diberi amanah,” katanya.

Ahmad Yazid turut mencadangkan agar pada fasa akhir tahun ini ,pelbagai perkara perlu dilaksanakan bagi menjamin keberkesanan peralihan.

Ia termasuk syarikat yang berdaya saing serta berpengalaman luas mampu memikul tanggungjawab yang diberikan seperti pemasaran dan pengurusan berskala besar bagi memastikan kepentingan pemegang kepentingan terjamin.

“Sekiranya ini dapat dilaksanakan, industri padi dan beras negara pasti akan berkembang maju, dan akan menjamin keselamatan makanan yang sebenar serta meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera dalam industri yang paling asas dan penting bagi Malaysia,” katanya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU