ARTIKEL

Abang Johari menunjukkan teks ucapan Belanjawan Negeri Sarawak 2026 pada Persidangan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Pegawai awam Sarawak senyum lebar tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjawat awam Sarawak akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus bermula 2026, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di peringkat Persekutuan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kenaikan terbaharu itu melibatkan peruntukan RM56 juta selepas negeri ini melaksanakan kenaikan pertama sebanyak lapan peratus awal tahun ini yang membabitkan kos RM67 juta.

“Skim gaji yang disemak semula ini bertujuan meringankan tekanan kewangan pegawai dan membantu mereka menangani kenaikan kos sara hidup,” katanya pada Belanjawan Negeri Sarawak 2026 pada Persidangan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Justeru katanya, perkhidmatan awam Sarawak mesti dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan pemikiran yang tepat bagi menyampaikan perkhidmatan awam yang berkualiti serta melaksanakan agenda pembangunan kerajaan secara berkesan.

Bagi memperkukuh kapasiti pegawai di semua peringkat katanya, pentadbiran beliau akan terus menyediakan peruntukan bagi latihan dan pembangunan bakat yang mana bagi tahun 2026 sejumlah RM48.5 juta akan diperuntukkan bagi tujuan ini.

“Ini meliputi pembangunan kemahiran teknikal yang menumpukan kepada pengukuhan kompetensi fungsian dan berkaitan tugas dalam bidang khusus, seterusnya latihan dalam perkhidmatan yang memberi peluang kepada pegawai untuk melanjutkan pengajian formal, dan kelayakan profesional bagi mengukuhkan kompetensi mereka.

“Selain itu program pembangunan kepimpinan dan eksekutif untuk pemimpin kanan dan bakal pemimpin bagi membina pemikiran strategik, keupayaan kepimpinan dan kemahiran pengurusan peringkat tinggi,” ujarnya.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang