ARTIKEL

Pegawai imigresen didakwa seludup 20 migran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang pegawai Imigresen didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan menyeludup masuk 20 orang migran ke negara ini.

Tertuduh Mohamad Farhan Abdullah, 41, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan mengikut Seksyen 26B (d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama di hadapan Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membawa masuk 20 orang migran berusia 23 hingga 50 tahun ke negara ini ketika bertugas di Pejabat Imigresen ICQS Tebedu, kira-kira jam 9 pagi, 7 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali atau boleh dikenakan penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang daripada lima tahun serta boleh disebat.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Suriati Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Datuk Zaleha membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM15,000 beserta dua penjamin tempatan selain memerintahkan tertuduh melaporkan diri ke pejabat imigresen sebulan sekali.

Zaleha menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 19 September depan.

Tertuduh diwakili dua peguam iaitu Gerald Empaling Donald dan Steven Beti.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU