ARTIKEL

Pejabat Pos Besar harus dikembali untuk diwarta bangunan bersejarah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bangunan Pejabat Pos Besar di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini yang merupakan antara senarai tanah diambil Kerajaan Persekutuan harus dikembalikan untuk diwartakan sebagai bangunan bersejarah.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pihak kerajaan memang berhasrat untuk mengambil semula bangunan ikonik tersebut kerana ia mempunyai nilai warisan yang tinggi.

“Memang kita hendak mengambil semula Bangunan Pejabat Pos Besar itu kerana ia adalah bangunan warisan ikonik dan bersejarah. Justeru, ia harus dikembalikan ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1445H/ 2023 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa memberitahu setakat ini Kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan semula 52 daripada 219 lot tanah yang mohon oleh Kerajaan Sarawak selaras MA63 kerana tidak dimajukan dalam tempoh lima tahun ia diperoleh.

Tapak Bangunan Pejabat Pos Besar di Jalan Tun Abang Haji Openg juga antara tanah yang diminta untuk dikembalikan kerana tiada pembangunan dilaksanakan sejak ia diambil Persekutuan.

 Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim pada minggu lalu memberitahu, kerajaan persekutuan tidak seharusnya menyimpan tanah itu sekiranya ia tidak dibangunkan mengikut tujuan asal.

Justeru, beliau berharap bangunan warisan penjajah itu dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk dipelihara seterusnya diwartakan sebagai bangunan bersejarah di Sarawak.

Untuk rekod pada 2014, Jabatan Muzium Sarawak dan pihak Pos Malaysia telah menjalankan rundingan bagi membenarkan kerajaan negeri mengambil alih bangunan bersejarah tersebut untuk diwartakan.

Dibina pada 1931, bangunan itu merupakan antara pusaka peninggalan Raja Putih sepanjang pemerintahan keluarga Brooke dari 1841 hingga 1941.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU