ARTIKEL

PEKEMA Sarawak komited bantu golongan sasar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang bakti kepada golongan memerlukan.

Kumpulan sasar ini turut disantuni dalam usaha mencapai keterangkuman sosial, sekali gus meringankan beban yang ditanggung golongan itu.

Presidennya, Datuk Ismail Abang Saufi berkata peranan PEKEMA Cawangan Sarawak sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bukan sekadar dari segi perniagaan.

Sebaliknya kata Pengerusi Yayasan PEKEMA Sarawak itu, pihaknya menyumbang semula kepada komuniti menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kos sara hidup banyak memberi kesan kepada kehidupan masyarakat terutama golongan memerlukan, sehubungan itu PEKEMA Sarawak terus komited dalam membantu meringankan beban kumpulan ini.

“Selaku NGO, kami di PEKEMA bertanggungjawab untuk mencapai keterangkuman sosial untuk membantu meringankan beban golongan miskin, kurang upaya, ibu tunggal dan yang terpinggir dalam masyarakat sebagai insan yang produktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa PEKEMA Sarawak bersama anak tahfiz di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Khamis.

Menurutnya, tanpa penyelesaian isu kos sara hidup, golongan terkesan ini akan terus terpinggir dari proses pembangunan dan pemodenan negara.

Pada majlis itu, PEKEMA Sarawak telah menyampaikan sumbangan kepada 100 orang pelajar tahfiz dari Sekolah Rendah Islam Al Amin.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU