ARTIKEL

Pekerja Kedai Serbaneka Rugi Lebih RM70,000 Ditipu Sindiket Pekerjaan Sambilan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja wanita kedai serbaneka kerugian RM72,467 selepas diperdaya sindiket pekerjaan sambilan dalam talian, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 33 tahun mendakwa menerima satu set pisau kononnya daripada syarikat jualan dalam talian pada 11 Okt sebelum dihubungi seorang suspek lelaki beberapa hari kemudian. 

“Suspek memaklumkan ia hadiah cabutan bertuah yang diberikan kepada pelanggan secara rawak sebelum mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram yang menawarkan pekerjaan sambilan membuat ulasan produk dengan tawaran pendapatan lumayan.

“Mangsa telah menyelesaikan 30 tugasan dan dijanjikan komisen RM1,200, namun perlu membuat bayaran atas alasan yuran proses bagi mendapatkan komisen itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa melakukan pembayaran itu ke enam akaun selama dua hari bermula 20 Okt dengan menggunakan wang simpanan, hasil jualan barang kemas dan membuat pinjaman daripada rakan.

Mangsa membuat laporan polis pada 8.05 malam tadi selepas gagal mendapatkan kembali wang selain tidak dapat menghubungi suspek. – BERNAMA

BERITA LAIN

Dua lelaki ditahan, kipas dan kabel dirampasa

MIRI: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam jenayah harta benda hanya 27 minit selepas menerima laporan berhubung kejadian di Jalan Pujut Padang Kerbau,

BERITA TERBARU