ARTIKEL

Dua lelaki ditahan, kipas dan kabel dirampasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam jenayah harta benda hanya 27 minit selepas menerima laporan berhubung kejadian di Jalan Pujut Padang Kerbau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, laporan diterima kira-kira jam 3.23 petang sebelum anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dari Balai Polis Pusat Miri digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kedua-dua suspek berjaya ditahan kira-kira jam 3.50 petang hasil tindakan pantas anggota polis.

Polis turut merampas sebuah kipas mudah alih dan segulung kabel dipercayai berkaitan dengan kes berkenaan untuk dijadikan barang kes.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Mohd Farhan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah bagi membantu polis membanteras jenayah di daerah berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerusi talian 085-433400 atau 085-433730, atau hadir ke balai polis berhampiran.

/tamat/

BERITA LAIN

RM1.146 juta geran MRP untuk 82 penerima di Satok

KUCHING: Sebanyak RM1.146 juta disalurkan kepada 82 penerima menerusi baki geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2026 bagi menyokong keperluan pendidikan, rumah ibadat, persatuan dan

BERITA TERBARU

UNIFOR salur RM225,707 untuk kemudahan sekolah

KUCHING: Dua sekolah di kawasan Kota Sentosa menerima peruntukan berjumlah RM225,707 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran dan keselesaan pelajar.

RM1.146 juta geran MRP untuk 82 penerima di Satok

KUCHING: Sebanyak RM1.146 juta disalurkan kepada 82 penerima menerusi baki geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2026 bagi menyokong keperluan pendidikan, rumah ibadat, persatuan dan