ARTIKEL

Rak jualan di sebuah pasar raya di Kota Padawan yang terbakar.

Pekerja selamatkan pasar raya di Kota Padawan daripada musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan pantas pekerja menyelamatkan sebuah pasar raya di Kota Padawan daripada musnah terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 2.33 petang tadi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan serta BBP Kota Sentosa segera dikerahkan ke lokasi.

Rak jualan di sebuah pasar raya di Kota Padawan yang terbakar.

“Setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan rak jualan dan telah dipadam oleh pekerja pasar raya terbabit menggunakan alat pemadam api,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah pasukan bomba kemudian membuat ‘overhaul’ menggunakan salur bantu mula premis terbabit bagi memastikan kebakaran tersebut padam sepenuhnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU