ARTIKEL

Abang Johari menyempurnakan Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-15 Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di BCCK, malam tadi.

Pelabuhan baharu pacu pontensi Sarawak sebagai hab aktiviti ekonomi serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rancangan bagi membina sebuah pelabuhan laut dalam baharu di kawasan selatan negeri ini bakal memacu potensi Sarawak untuk menjadi hab aktiviti ekonomi serantau.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam masa sama menjadikan Sarawak pemain utama industri penerokaan minyak dan gas melalui bekerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

“Untuk bahagian selatan negeri, kita akan membina pelabuhan laut dalam baharu. Kemudian kita akan membina kluster dalam pelabuhan, iaitu satu untuk kargo am dan satu lagi bagi hab minyak dan gas dari selatan,” katanya.

Beliau berkata dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-15 Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) berharap dengan rancangan jangka yang digariskan itu, Sarawak boleh menjadi hab aktiviti ekonomi di wilayah Asia Tenggara menjelang 2030.

Turut hadir, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga pengerusi Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA); Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NDA); Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang juga pengerusi Agensi Pembangunan Atas Rajang (URDA) dan ketua pegawai eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni.

Untuk rekod, pada Julai tahun lalu Kerajaan Sarawak sedang membuat kajian untuk membina sebuah pelabuhan laut dalam baharu di kawasan Tanjung Embang, melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pelabuhan Antwerp-Bruges dan pihak swasta negeri, Hubline Bhd di Belgium.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan