ARTIKEL

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan -- fotoBERNAMA (2024)

Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Sektor pembuatan cip yang berkembang pesat di Malaysia telah menarik minat pelabur dari Pakistan.

Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Islamabad pada Oktober lepas.

“Malaysia berada pada landasan untuk menjadi hab cip global, dan pelabur Pakistan dijemput melabur di Malaysia,” kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan, kepada Bernama.

Awal bulan ini, lebih 50 pemimpin industri terkemuka Pakistan menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad.

Tumpuan majlis itu adalah untuk memperkukuh perdagangan, pelaburan, dan kerjasama perniagaan antara kedua-dua negara, memanfaatkan momentum hubungan dua hala hasil lawatan Anwar.

Pesuruhjaya Tinggi turut menggalakkan ahli perniagaan Pakistan menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk produk mereka ke pasaran ASEAN yang didiami 680 juta penduduk.

Dalam usaha memperluaskan perdagangan dua hala dalam sektor pertanian, Malaysia merancang mengimport daging halal bernilai US$200 juta dan 100,000 tan beras basmati dari Pakistan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU