Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pelajar 9 tahun maut dilanggar ketika melintas jalan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SEMAKAN …Kereta pacuan empat roda yang ditahan oleh IPD Mukah
SEMAKAN …Kereta pacuan empat roda yang ditahan oleh IPD Mukah

MUKAH:  Seorang pelajar lelaki berusia 9 tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda sewaktu melintas jalan di Jalan Mukah-Balingian pada Khamis (10 November 2022).

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, mangsa yang dikenali Mohammad Firdaus Jimbat Abdullah telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun katanya, mangsa berasal dari Kampung Kuala Lama, Mukah itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sibu pada Sabtu jam 10.33 pagi.

“Mangsa meninggal dunia kerana mengalami Polytrauma dengan Kecederaan Otak Traumatik yang teruk akibat pelanggaran yang berlaku,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dalam kejadian yang berlaku pada lebih kurang jam 1 tengah hari, kereta pacuan empat roda yang dipandu seorang Pengurus Jualan bergerak lurus dari arah Balingian menuju ke arah Mukah.

“Ketika pemandu sedang melalui jalan hadapan simpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Penipah, Mukah, pemandu telah melanggar mangsa yang sedang melintas jalan.

“Untuk tindakan lanjut, kenderaan pacuan empat roda berkenaan ditahan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk pemeriksaan Puspakom, selain percakapan pemandu dan saksi iaitu kakak sepupu mangsa turut dirakam untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Suara Sarawak.

Kes tersebut masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News