ARTIKEL

TAHNIAH: Rodiyah Sapiee (dua dari kanan) menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar terbabit.

Pelajar cemerlang Batang Sadong terima insentif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Seramai 145 pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), menerima insentif berjumlah keseluruhan RM56,200.

Majlis penyerahan insentif itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, bertempat di Dewan Setia Simunjan semalam.

RAKAM KENANGAN: Rodiyah Sapiee (tengah) merakam gambar bersama pelajar terbabit.

Berucap pada majlis itu, Rodiyah memberitahu kesemua pelajar terbabit merupakan anak-anak dari kawasan Parlimen P.200 Batang Sadong.

“Syabas dan tahniah kepada anda semua kerana telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing.”

“Di samping turut berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan sebagainya,” ujar Rodiyah.

Beliau mengakui pemberian insentif itu sebagai penghargaan kepada pelajar terbabit, selain cetusan semangat kepada mereka untuk terus fokus dalam pelajaran.

“Insentif yang kita berikan ini mungkin nilainya tidak seberapa.”

“Akan tetapi, ia mempunyai makna cukup besar sekali dan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kami kepada modal insan cemerlang, khususnya anak-anak dari kawasan Parlimen P.200 Batang Sadong,” tambah beliau.

Rodiyah turut menitipkan kata-kata bermakna kepada pelajar terbabit bahawa kecemerlangan yang diperoleh mereka adalah berkat doa kedua-dua orang tua dan juga para guru.

“Justeru, hargai sokongan kedua-dua orang tua dan guru anda selama ini.”

“Teruskan berusaha, semoga impian untuk terus cemerlang dan menjadi insan berjaya selepas ini akan terlaksana,” ujar Rodiyah.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan