ARTIKEL

David Leonard ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Cyberjaya Kuching di sini, hari ini.

Pelajar Cemerlang Gegarkan Konvokesyen Ke-11 Kolej Cyberjaya Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Segulung diploma di tangan menandakan penutupan babak akademik para graduan pada Majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Cyberjaya Kuching, sambil membuka lembaran baharu penuh harapan dan peluang.

Naib Canselor Universiti Cyberjaya, Prof Dr David Leonard Whitford berkata graduan kelas 2025 menunjukkan ketahanan, kemampuan menyesuaikan diri dan dedikasi tinggi sepanjang pengajian mereka.

TAHNIAH… David Leonard diiringi Doreen Tan ketika menyampaikan sijil Diploma kepada Nur-Atiqah, penerima Anugerah Graduan Terbaik.

“Perjalanan anda adalah satu usaha yang dipenuhi kerja keras, ketabahan dan perkembangan diri.

“Anda telah belajar untuk berfikir secara kritis dan menyesuaikan diri dengan perubahan, kemahiran yang amat penting dalam dunia hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Cyberjaya Kuching yang berlangsung di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini, hari ini.

Tambah beliau, memperoleh segulung diploma adalah pencapaian bermakna yang lebih besar daripada sekadar kelayakan akademik.

“Diploma bukan sekadar sijil, tetapi lesen untuk berjaya dan satu keistimewaan untuk berbakti kepada masyarakat.

“Teruskan melangkah dengan penuh minat dan gunakan ilmu anda untuk memajukan komuniti serta negara,” ujarnya.

Menjelas lanjut, beliau juga menggalakkan graduan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sambil menegaskan bahawa kejayaan jarang berlaku secara lurus.

“Kehidupan tidak menuntut anda menjadi sempurna, tetapi menuntut anda untuk terus berusaha,” tambahnya.

Sementara itu, Valedictorian, Nur-Atiqah Amerah Abdul Samah, penerima Anugerah Graduan Terbaik, berkongsi pengalaman peribadi sepanjang tiga tahun pengajian.

“Terdapat hari-hari ketika tugasan, tarikh akhir dan aktiviti kolej berasa begitu membebankan. Namun, cabaran itulah yang membentuk ketahanan kita.

“Walaupun berdepan kesukaran dan serahan tugasan pada jam 11.59 malam, kita berjaya sampai ke titik ini seperti kata pepatah Iban, ‘Agi Idup Agi Ngelaban’,” jelasnya.

Nur-Atiqah juga berkata perjalanan diploma bukan hanya mengenai kelas dan peperiksaan, tetapi juga pengalaman dan memori yang tidak dapat dilupakan.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan, pensyarah dan komuniti kolej atas sokongan sepanjang tempoh pengajiannya.

“Diploma ini lebih daripada sekadar sijil. Ia adalah tanggungjawab untuk terus berkembang, berkhidmat dan memberi inspirasi.

“Semoga ilmu dan nilai yang kita pelajari di sini membolehkan kita membawa perubahan positif di mana sahaja kehidupan membawa kita, Insha-Allah,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif Kolej Cyberjaya Kuching, Doreen Tan.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU