ARTIKEL

Samri semasa berucap pada program Kembali Ke Sekolah 2025- Bintulu Port Prihatin di salah sebuah hotel pada Khamis.

Pelajar disaran hargai bantuan, jadi motivasi untuk berjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Penerima bantuan program Kembali Ke Sekolah 2025- Bintulu Port Prihatin disaran untuk menghargai bantuan yang diterima dan menjadikannya sebagai sumber motivasi untuk mencapai kejayaan.

Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Samri Suhaili menekankan kesyukuran merupakan nilai teras budaya Malaysia dan penerima bantuan harus mengenang jasa pihak yang telah membantu mereka.

Beliau berkata pelajar yang terpilih sangat bertuah kerana mendapat sokongan Yayasan Bintulu Port.

“Jadikan bantuan ini sebagai motivasi untuk berjaya dan seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kembali Ke Sekolah 2025- Bintulu Port Prihatin di salah sebuah hotel, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, program ini bukan sahaja menyampaikan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, tetapi juga membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan.

Beliau turut memuji usaha pihak Bintulu Port Holdings Berhad(BPHB) menerusi Yayasan Bintulu Port yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, termasuk menyokong pelajar berkeperluan khas, atlet, dan golongan kurang bernasib baik lain.

“BPHB bukan sahaja membantu pelajar mengatasi cabaran kewangan, malah menyumbang kepada pembangunan sahsiah, kepimpinan, dan kualiti menyeluruh pelajar,” tambahnya.

Samri berharap pelajar memanfaatkan peluang ini dengan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan asas kepada kemajuan masyarakat, manakala kesyukuran dan semangat memberi kembali adalah kunci untuk memastikan kesinambungan usaha tersebut.

Matshalleh menyampaikan cenderahati kepada Samri sambil disaksikan Maslihah.

Seramai 200 murid dari keluarga berpendapatan rendah dari tiga sekolah rendah terpilih, iaitu SK Kampung Baru Bintulu, SK Orang Kaya Mohammad Bintulu, dan SK Tanjung Batu Bintulu, menerima sumbangan dalam program tersebut.

Samri berharap pelajar-pelajar ini akan memanfaatkan bantuan tersebut untuk belajar dengan lebih gigih dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Program Back to School 2025 – Bintulu Port Prihatin adalah program tanggungjawab sosial korporat tahunan yang menyediakan kelengkapan sekolah untuk sesi akademik tahun hadapan melalui kerjasama strategik bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintulu.

Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan (BPHB), Maslihah Tioh dan Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Sdn. Bhd., Matshalleh Mohamad Etli hadir sama.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU