ARTIKEL

Pelajar IPT diseru patuh arahan kuarantin diri, tidak tanggalkan gelang elektronik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dibenarkan pulang di sekitar Daro diminta supaya mematuhi arahan kuarantin diri dan tidak menanggalkan gelang elektronik yang dibekalkan kepada mereka, kata Adun Daro Safiee Ahmad.

Beliau yang dihubungi sebentar tadi berkata, ibu bapa juga digesa memainkan peranan supaya memastikan anak-anak mematuhi arahan tersebut.

“Mana-mana pelajar yang diminta supaya mengadakan sekali lagi saringan di hospital berdekatan hendaklah mematuhinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan JPBN Sarawak hari ini yang meminta pelajar mengadakan saringan di tempat masing-masing susulan terdapat kes positif dikesan membabitkan pelajar IPT yang pulang ke kampung.

Katanya, orang ramai dinasihati supaya tidak memandang remeh arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikeluarkan.

“Ahli keluarga juga diseru supaya turut membantu memantau dan memastikan anak-anak atau saudara-mara yang diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah dan melaksanakan arahan itu sepenuhnya.

“Jangan merasa terlalu leka apabila bilangan kes baharu beberapa hari sebelum ini tiada kes, tetapi kerana kecuaian kita yang tidak mematuhi PKPB dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan boleh menyebabkan kes positif meningkat semula,” ujarnya.

Jelas beliau, mana-mana individu yang diperlukan untuk membuat saringan atau pemeriksaan hendaklah tampil segera ke hospital yang berdekatan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi