ARTIKEL

Pelajar lelaki tingkatan tiga maut dalam kemalangan tiga buah kenderaan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pelajar maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Jalan Demak, kira-kira jam 2.45 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, insiden terbabit melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua buah kereta dan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh mangsa.

KAWAL…Motosikal mangsa terbaring di sebelah jalan raya berhampiran lokasi kejadian.

“Motosikal dipercayai melanggar bahagian belakang kereta.

“Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa (penunggang) kemudian terbabas lalu dilanggar oleh sebuah kereta yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi