ARTIKEL

Pelajar maut langgar lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal yang ditungganginya melanggar belakang lori di simpang tiga Canada Hill View Avenue, Jalan Pujut Padang Kerbau di sini pagi pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu dalam berkata, Muhammad Ruzaini Zulkipli mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi apabila sebuah lori yang datang dari arah Pujut Corner melalui Jalan Pujut Padang Kerbau dilanggar dari arah belakang.

“Semasa membelok ke kanan di simpang Canada Hill View Avenue, lori ini dipercayai dilanggar pada bahagian tepi kiri belakang oleh mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat perlanggaran, penunggang motosikal meninggal dunia, manakala pemandu lori, lelaki berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.