ARTIKEL

“Kemeriahan orang ramai di reruai Pasukan Miri sempena Pameran Budaya.”

Pelajar Miri Bawa Pulang 33 Pingat di World Scholar’s Cup Bangkok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan pelajar dari Miri meraih kejayaan membanggakan apabila membawa pulang 18 pingat emas dan 15 perak serta menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia pada World Scholar’s Cup (WSC) Global Round 2025 di Bangkok, Thailand.

Dua pelajar sekolah menengah dan tiga murid sekolah rendah yang dibimbing oleh Champs Education itu bersaing dalam kategori Senior dan Junior Alpaca Division bersama 1,500 pelajar dari 30 negara.

Antara pencapaian utama, pasukan Junior yang diwakili Cherisse Ling, Candace Ling dan Lucas Chiong muncul antara 10 terbaik dunia, manakala pasukan Senior terdiri daripada Carlos Chiong dan Elise Wong turut menyumbang emas dan perak dalam acara debat serta kuiz.

Jurulatih pasukan, Japji Kaur, berkata kejayaan itu membuktikan potensi pelajar Miri di pentas global.

“Anak-anak ini menunjukkan bahawa dengan latihan dan keyakinan, mereka mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar terbaik dunia,” katanya.

Pengarah Program Champs Education, Sebastian Lim, pula berkata pihaknya akan terus memberi peluang kepada lebih ramai pelajar tempatan menyertai pertandingan berprestij itu.

“Kami mahu menjadikan WSC sebagai platform untuk melahirkan pelajar berfikiran global tetapi berakar pada identiti Malaysia,” ujarnya.

Kejayaan tersebut turut membuka jalan buat pasukan Miri ke Tournament of Champions di Universiti Yale, Amerika Syarikat, pada November ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU