ARTIKEL

Pelajar PMU ceriakan SK Kampung Petanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pelibatan aktif Politeknik Mukah (PMU) menerusi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjaya memberi impak positif terhadap kemudahan dan persekitaran pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak.

Program tersebut disertai oleh 30 orang pelajar JKM bersama pensyarah, guru-guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Mereka melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur sekolah termasuk pembaikan kemudahan asas serta menceriakan kawasan persekitaran.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Len Annuar Rigos berkata, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada sekolah, malah menjadi platform pembelajaran praktikal kepada pelajar.

“Melalui program CSR seperti ini, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran teknikal mereka di lapangan sebenar.

“Pada masa sama dapat memupuk nilai tanggungjawab sosial dan kerja berpasukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang pelajar yang terlibat turut berkongsi pengalaman sepanjang program berlangsung.

“Pelibatan dalam program ini memberi peluang kepada kami untuk menyumbang kepada komuniti dan memahami keperluan sebenar masyarakat,” katanya.

Seorang guru sekolah tersebut pula menyifatkan inisiatif ini sebagai satu usaha yang amat dihargai.

RAKAM KENANGAN… Peserta merakam kenangan selepas program itu.

“Kami sangat berterima kasih atas bantuan yang diberikan.

“Persekitaran sekolah kini lebih selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid,” jelasnya.

Secara keseluruhannya, program ini membuktikan bahawa sinergi antara institusi pendidikan dan komuniti mampu membawa perubahan signifikan, sekali gus memperkukuh peranan PMU dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU