ARTIKEL

Superintendan Mohd Haide.

Pelajar rugi RM1,000 ditipu sindiket menyamar pegawai penguat kuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Modus operandi penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa menyebabkan seorang pelajar di sini kerugian RM1,000, manakala akaun bank yang menerima wang mangsa dikesan mempunyai dua rekod dalam sistem CCIS.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, mangsa berusia 23 tahun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada 4 September lalu yang mendakwa dirinya pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa terbabit dalam kes judi dalam talian sebelum memberitahu nombor telefonnya akan disekat.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang individu yang mendakwa dirinya pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor dan memberitahu mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan melapor diri sebanyak empat kali sehari dengan memberikan nombor kad pengenalan, masa dan lokasi keberadaannya.

Katanya lagi, suspek turut meminta mangsa membuat bayaran RM1,000 atas alasan bagi tujuan audit.

“Pada hari sama kira-kira 1.12 tengah hari, mangsa membuat pemindahan wang secara dalam talian daripada akaun Bank Islam miliknya menggunakan aplikasi BIMB Mobile ke akaun AmBank atas nama Mohd Reduan Bin Rusydi,” katanya.

Mohd Haide berkata, mangsa menyedari dirinya telah ditipu selepas transaksi dibuat sebelum mengalami kerugian RM1,000.

Hasil semakan katanya mendapati akaun AmBank yang menerima wang mangsa mempunyai dua rekod dalam sistem CCIS manakala nombor telefon yang digunakan suspek tidak mempunyai sebarang rekod.

Beliau berkata, mangsa kemudian menghubungi talian 997 pada 16 September untuk membuat aduan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU