ARTIKEL

Pelajar Sarawak di UPSI dibawa pulang hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 287 pelajar Sarawak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke negeri ini hari ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi laman Facebook berkata, kumpulan pertama pelajar Sarawak itu dibawa pulang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Pagi ini bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad menghantar pulang 287 pelajar Sarawak dari UPSI ke KLIA menggunakan 16 bas seawal jam 3 pagi.

“Setiap bas membawa 18 pelajar (kecuali sebuah bas membawa 17 pelajar) demi memastikan penjarakan sosial dipatuhi sepenuhnya,” katanya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg Tun Openg, Kementerian Pengajian Tinggi, Sarawak Volunteers, Rumah Sarawak di KL, UPSI, Penerbangan Malaysia (MAS) dan semua pihak yang membantu (1 Mei 2020).

Datuk Seri Fadillah Yusof meninjau kepulangan pelajar Sarawak di KLIA pagi tadi.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya