ARTIKEL

Pelajar Sarawak terkandas dibantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelajar dari Sarawak yang berada di Sabah dan Semenanjung akan menerima bantuan yang sama, kata Penasihat Sarawak Volunteers Fazzrudin Abdul Rahman baru-baru ini.

Katanya, pihak universiti di Sabah telah memaklumkan lebih awal kepada pelajar bahawa pendaftaran ditunda susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

“Sabah diisytiharkan sebagai zon merah. Bagaimanapun, sekiranya terdapat pelajar yang memerlukan bantuan, boleh berhubung dengan Sarawak Volunteers melalui nombor yang dikongsikan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Untuk rekod, antara bantuan yang diberikan oleh Sarawak Volunteers ialah penginapan sementara, bantuan kewangan dan tiket penerbangan pulang ke Sarawak.

Terdahulu Penaung Sarawak Volunteers Datuk Seri Fadillah Yusof dalam laman Facebook menjelaskan pelajar yang terkandas di Semenanjung Malaysia boleh menghubungi Urusetia Rumah Sarawak Sarawak Volunteers di pautan WhatsApp http://wa.link/9b6tyv.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU