ARTIKEL

Pelajar Sibu didedah bahasa Jepun, Korea dan Perancis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meneruskan kerjasama strategik bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, Sibu menerusi penganjuran Jerayawara Bahasa Asing.

Program yang disertai lebih 300 pelajar dari enam buah sekolah itu merupakan kesinambungan kerjasama sejak tahun 2018, dan menampilkan pengenalan kepada tiga bahasa asing utama iaitu Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan Bahasa Perancis melalui pelbagai aktiviti interaktif termasuk kuiz, pameran budaya serta sesi tulisan huruf asing.

Seramai enam pensyarah dari Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) UNIMAS terlibat secara langsung dalam membimbing peserta sepanjang program berlangsung.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Lembaga Pengurusan Sekolah, Dr. Gregory Hii, yang memuji usaha UNIMAS memperkasa pendidikan bahasa asing sebagai langkah membentuk sahsiah global dalam kalangan pelajar.

Turut hadir, Dekan FPBK UNIMAS, Dr. Dilah Tuah yang menekankan kepentingan bahasa asing sebagai jambatan budaya dan alat pemerkasaan generasi muda ke arah persaingan di peringkat antarabangsa.

Pengetua SMK Sacred Heart, David Teo menyifatkan program itu sebagai peluang berharga kepada para pelajar untuk meneroka potensi penguasaan bahasa dalam bidang pendidikan tinggi dan kerjaya masa hadapan.

UNIMAS dalam kenyataannya memaklumkan, pihak universiti komited untuk terus mendekatkan ilmu kepada masyarakat serta memupuk keterbukaan budaya dalam kalangan belia Sarawak melalui inisiatif seumpama ini.

Antara pelajar yang menyertai Jerayawara Bahasa Asing di Sibu.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali