KUCHING: Bilangan pelajar Sarawak yang mengambil program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah antara terendah di Malaysia.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata pada masa ini, hanya 33 peratus pelajar Sarawak mendaftar dalam program STEM, dengan 20 peratus daripada mereka mengambil aliran sains tulen dan 12.05 peratus lagi mengikuti kursus teknologi dan teknikal vokasional.

“Walaupun pencapaian itu jauh di bawah sasaran negara, ia tidak dinafikan telah bertambah baik dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemu-bual selepas merasmikan Program Mini Teater STEM Sarawak di SMK Tun Abdul Razak, di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Azmi Bujang serta Presiden Persatuan STEM Kebangsaan (NSA) Profesor Emeritus Datuk Noraini Idris.


